{"id":91162,"date":"2025-12-16T14:24:44","date_gmt":"2025-12-16T06:24:44","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=91162"},"modified":"2025-12-16T14:24:45","modified_gmt":"2025-12-16T06:24:45","slug":"dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/","title":{"rendered":"Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 16 Dis &#8212; Menjelang penghujung 2025, tahun yang ditandai dengan konflik tanpa henti,\u00a0peperangan di Gaza, Ukraine, Sudan, Timur Tengah dan Myanmar\u00a0antara lain telah\u00a0meragut nyawa yang tidak terkira, memaksa jutaan orang meninggalkan kediaman serta memusnahkan infrastruktur, sementara rundingan damai terus gagal mencapai kemajuan bermakna.<\/p>\n\n\n\n<p>Di luar medan&nbsp;ini, pertempuran turut meningkat di timur Republik Demokratik Congo (DRC) tahun ini, selain ketegangan sempadan yang memuncak antara India dan Pakistan, Thailand dan Kemboja, serta Afghanistan dan Pakistan.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhan, konflik-konflik ini telah membentuk semula dinamik kuasa serantau dan membebankan sistem kemanusiaan global yang sedia tertekan, sekali gus menimbulkan persoalan baharu mengenai keberkesanan diplomasi dan institusi pelbagai hala.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam latar belakang krisis kemanusiaan yang semakin meruncing dan usaha damai yang buntu di seluruh dunia, Profesor Emeritus&nbsp;Carlyle A Thayer dari&nbsp;Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial, University of New South Wales (UNSW) di Canberra&nbsp;berkata pendekatan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam konflik Palestin-Israel telah meningkatkan keadaan di Semenanjung Gaza menjadi \u201cdarurat&nbsp;kemanusiaan\u201d yang teruk.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata dasar itu, yang ditandai dengan sokongan ketenteraan kuat kepada Israel serta mengetepikan saluran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telah mengubah kebuntuan diplomatik selama bertahun-tahun. Ia termasuk sokongan untuk serangan Israel di Gaza, pertahanan udara terhadap peluru berpandu dari Iran, serta serangan oleh AS ke atas kemudahan nuklear Iran.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n\n\n\n<p>Nyaguar Tor, 24 tahun, seorang ibu kepada tiga anak dari Ulang, Sudan Selatan, memberi makan kepada anaknya yang berusia 6 bulan dengan makanan tambahan sedia dimakan (RUSF) yang diterima daripada Program Makanan Sedunia (WFP) di kem pelarian Matar di wilayah Gambella, Ethiopia, pada 12 Jun 2025. \u2014 Michael Tewelde\/WFP\/Edaran melalui REUTERS<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAS mengukuhkan pendekatan tegas ini dengan melobi Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Jordan secara agresif untuk menyokong pelan damai 20 perkara Presiden Trump,\u201d kata Thayer kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Ketegangan Thailand-Kemboja uji peranan ASEAN<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun tumpuan dunia banyak terarah kepada Gaza dan Ukraine, Asia Tenggara tidak terkecuali apabila ketegangan sempadan yang berpanjangan antara Thailand dan Kemboja menonjolkan cabaran berterusan terhadap kestabilan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Pensyarah Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam&nbsp;berkata pertempuran bersenjata yang meragut nyawa di sempadan Thailand-Kemboja telah menjadi ujian besar kepada ASEAN dalam usaha mengekalkan kestabilan serantau.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata sebagai Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berusaha tanpa jemu untuk membawa kedua-dua negara ke meja rundingan, termasuk kepada pemeteraian Perjanjian Damai Kuala Lumpur pada Oktober yang turut disaksikan oleh Trump.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau mengakui konflik antara dua negara jiran itu akan mengambil masa untuk diselesaikan, walaupun pelbagai usaha diplomatik telah digerakkan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKonflik ini telah berlarutan selama ratusan tahun\u2026 Untuk menyelesaikannya dalam tempoh dua atau tiga bulan atau setahun sememangnya sukar. Ia memerlukan lebih banyak mesyuarat kecil dan usaha diplomatik,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Malaysia kekal teguh dalam isu Palestin<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Mengenai isu Palestin, Mohd Mizan berkata sejak zaman Tunku Abdul Rahman hingga Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia secara konsisten mempertahankan hak rakyat Palestin selaras dengan prinsip kemanusiaan serta penolakan terhadap apartheid dan genosid.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami menggunakan semua platform diplomatik yang ada\u2026 Kami tidak boleh menyerang Israel, dan negara-negara lain yang menyokong Palestin juga melakukan perkara yang sama,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Mohd Mizan berhujah bahawa walaupun flotila kemanusiaan menerima sokongan meluas termasuk dari Eropah, Turkiye dan United Kingdom, landskap Timur Tengah yang kian tegang telah mengekang tekanan diplomatik terhadap Israel.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa masih jauh daripada berkesan dan memerlukan tindakan tegas terhadap Israel,\u201d katanya, memetik langkah-langkah seperti penutupan kedutaan, mengisytiharkan diplomat sebagai persona non grata, serta mengenakan tekanan yang lebih kuat di PBB, termasuk menggantung keahlian&nbsp;Israel.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Perubahan pendirian global terhadap Israel<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Geostrategis&nbsp;dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara&nbsp;(NASR)&nbsp;Prof Dr Azmi Hassan&nbsp;berkata kekejaman Israel di Gaza sepanjang 2025 telah menyebabkan banyak negara Barat yang sebelum ini menyokong Tel Aviv tanpa syarat mengubah pendirian mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika sebelum ini negara Barat menyokong Israel secara terbuka, tindakan Israel di Gaza telah menyebabkan negara-negara ini kini melihat Israel sebagai pariah dalam komuniti antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Azmi berkata hampir 157 negara kini menuntut penyelesaian dua negara, mencerminkan perubahan besar pendirian global.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagaimanapun, beliau tidak menjangkakan konflik Gaza berkembang menjadi \u201cpergolakan besar\u201d melibatkan Lubnan, Syria atau Laut Merah, kerana kuasa-kuasa besar sedang berusaha membendung&nbsp;konflik itu daripada menjadi seperti perang Ukraine.<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tinjauan 2026: tumpuan kepada gencatan senjata Ukraine<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Melihat ke hadapan, pakar geopolitik terkemuka Prof James Chin daripada Universiti Tasmania&nbsp;berkata walaupun tumpuan global tertumpu kepada Gaza, konflik Ukraine kekal sebagai keutamaan strategik utama bagi kuasa-kuasa besar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKonflik Ukraine masih berterusan, jadi di situlah sebahagian besar perhatian dunia tertumpu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Seiring pandangan itu, Thayer berkata Ukraine berkemungkinan mendominasi perhatian diplomatik pada 2026, sambil memberi amaran bahawa keengganan Presiden Rusia Vladimir Putin untuk berkompromi akan menguji kesabaran Trump.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata Trump menunjukkan sedikit kecenderungan&nbsp;untuk meningkatkan tekanan ke atas Putin melalui langkah seperti memperketat sekatan atau meningkatkan sokongan ketenteraan kepada Ukraine, sekali gus menyebabkan negara anggota NATO Eropah memikul sebahagian besar beban itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 16 Dis &#8212; Menjelang penghujung 2025, tahun yang ditandai dengan konflik tanpa henti,\u00a0peperangan di Gaza, Ukraine, Sudan, Timur Tengah dan Myanmar\u00a0antara lain telah\u00a0meragut nyawa yang tidak terkira, memaksa jutaan orang meninggalkan kediaman serta memusnahkan infrastruktur, sementara rundingan damai terus gagal mencapai kemajuan bermakna. Di luar medan&nbsp;ini, pertempuran turut meningkat di timur Republik Demokratik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":91163,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[35],"tags":[],"class_list":{"0":"post-91162","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-berita-dunia"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 16 Dis &#8212; Menjelang penghujung 2025, tahun yang ditandai dengan konflik tanpa henti,\u00a0peperangan di Gaza, Ukraine, Sudan, Timur Tengah dan Myanmar\u00a0antara lain telah\u00a0meragut nyawa yang tidak terkira, memaksa jutaan orang meninggalkan kediaman serta memusnahkan infrastruktur, sementara rundingan damai terus gagal mencapai kemajuan bermakna. Di luar medan&nbsp;ini, pertempuran turut meningkat di timur Republik Demokratik [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2025-12-16T06:24:44+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2025-12-16T06:24:45+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/ea141acc69a13bc91db0e15710a55eb267e51a0b1a0c5-scaled.jpg\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"2560\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"1380\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/jpeg\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"4 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/\",\"name\":\"Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/ea141acc69a13bc91db0e15710a55eb267e51a0b1a0c5-scaled.jpg\",\"datePublished\":\"2025-12-16T06:24:44+00:00\",\"dateModified\":\"2025-12-16T06:24:45+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/ea141acc69a13bc91db0e15710a55eb267e51a0b1a0c5-scaled.jpg\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/ea141acc69a13bc91db0e15710a55eb267e51a0b1a0c5-scaled.jpg\",\"width\":2560,\"height\":1380},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 16 Dis &#8212; Menjelang penghujung 2025, tahun yang ditandai dengan konflik tanpa henti,\u00a0peperangan di Gaza, Ukraine, Sudan, Timur Tengah dan Myanmar\u00a0antara lain telah\u00a0meragut nyawa yang tidak terkira, memaksa jutaan orang meninggalkan kediaman serta memusnahkan infrastruktur, sementara rundingan damai terus gagal mencapai kemajuan bermakna. Di luar medan&nbsp;ini, pertempuran turut meningkat di timur Republik Demokratik [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2025-12-16T06:24:44+00:00","article_modified_time":"2025-12-16T06:24:45+00:00","og_image":[{"width":2560,"height":1380,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/ea141acc69a13bc91db0e15710a55eb267e51a0b1a0c5-scaled.jpg","type":"image\/jpeg"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"4 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/","name":"Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/ea141acc69a13bc91db0e15710a55eb267e51a0b1a0c5-scaled.jpg","datePublished":"2025-12-16T06:24:44+00:00","dateModified":"2025-12-16T06:24:45+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/ea141acc69a13bc91db0e15710a55eb267e51a0b1a0c5-scaled.jpg","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/ea141acc69a13bc91db0e15710a55eb267e51a0b1a0c5-scaled.jpg","width":2560,"height":1380},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/berita-dunia\/dari-gaza-ke-thailand-kemboja-konflik-2025-uji-diplomasi-global-asean\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Dari Gaza Ke Thailand-Kemboja, Konflik 2025 Uji Diplomasi Global, Asean"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91162","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=91162"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91162\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":91166,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91162\/revisions\/91166"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/91163"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=91162"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=91162"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=91162"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}