{"id":98154,"date":"2026-01-05T13:56:42","date_gmt":"2026-01-05T05:56:42","guid":{"rendered":"https:\/\/mcigroup.my\/?p=98154"},"modified":"2026-01-05T13:56:43","modified_gmt":"2026-01-05T05:56:43","slug":"kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/","title":{"rendered":"Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan &#8211; Pakar"},"content":{"rendered":"\n<p>KUALA LUMPUR, 5 Jan &#8212; Insiden demi insiden masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah sepanjang tahun lepas mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka, sekali gus mendorong kerajaan melaksanakan program percubaan kawal selia atau sandbox\u00a0bermula 1 Januari lepas.<\/p>\n\n\n\n<p>Melibatkan&nbsp;Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)&nbsp;&nbsp;serta beberapa platform media sosial yang dikenal pasti, pendekatan itu bertujuan menilai keupayaan teknikal sedia ada selain menguji mekanisme kawal selia secara terkawal sebelum pelaksanaan penuh dilaksanakan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam konteks itu, meskipun Malaysia tidak bercadang mengambil pendekatan larangan mutlak seperti Australia terhadap penggunaan media sosial oleh kanak-kanak bawah 16 tahun, negara ini cenderung memperkukuh mekanisme pengesahan umur yang lebih jelas dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Mengulas perkara berkenaan, pakar psikologi klinikal kanak-kanak&nbsp;Dr Noor Aishah Rosli&nbsp;menyifatkan pendekatan itu sebagai langkah pencegahan jangka panjang bagi melindungi kanak-kanak dan remaja daripada terus terdedah kepada kandungan digital yang tidak bersesuaian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita tidak mahu menambah data statistik berkaitan tekanan, keresahan&nbsp;dan ketagihan skrin, termasuk pendedahan kepada kandungan video yang tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 16 tahun,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketagihan media sosial dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dilihat semakin membimbangkan apabila data kajian sebelum ini menunjukkan sembilan daripada 10 kanak-kanak kini memiliki akaun media sosial dan menghabiskan purata sehingga lapan jam sehari melayari platform seperti TikTok dan YouTube.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Our Lives Online&nbsp;pada 2020 menunjukkan 91 peratus kanak-kanak Malaysia berusia antara 13 hingga 17 tahun melayari internet setiap hari dengan 70 peratus daripadanya pernah terdedah kepada kandungan yang mengganggu.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, Noor Aishah berpandangan penguatkuasaan undang-undang semata-mata tidak mencukupi sekiranya peranan ibu bapa dalam memantau, membimbing serta membentuk literasi digital anak-anak tidak diperkukuh secara konsisten.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cRisiko terbesar ialah apabila undang-undang dilaksanakan tetapi perubahan sikap dan teladan tidak berlaku. Anak-anak belajar melalui pemerhatian dan peniruan, bukan arahan semata-mata.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila ibu bapa sendiri sentiasa menggunakan telefon pintar, anak-anak menganggap ia sebagai perkara biasa dan boleh ditiru. Ibu bapa perlu lebih berdisiplin serta menunjukkan teladan kerana kawalan skrin akan menjadi lebih berkesan secara semula jadi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, jurulatih kecergasan Pasukan Futsal Kebangsaan, Syafique Faudzil, berkata pengalihan masa remaja daripada media sosial kepada aktiviti sukan terancang mampu membantu membentuk disiplin, matlamat serta kesejahteraan psikologi yang lebih sihat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengurangan pendedahan kepada media sosial juga boleh meningkatkan prestasi dalam sukan dan aktiviti fizikal kerana remaja mempunyai lebih banyak masa dan peluang untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti berkenaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata&nbsp;aktiviti sukan turut membantu pembentukan identiti diri yang lebih jelas melalui peranan tertentu seperti ketua pasukan, selain membantu kawalan emosi menerusi pembelajaran mengurus kekecewaan dan kebimbangan di bawah bimbingan jurulatih serta sokongan rakan sepasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPengalaman ini memupuk nilai kendiri dan rasa tujuan hidup yang lebih jelas, berbeza dengan pengalaman pasif yang dipengaruhi algoritma media sosial,\u201d katanya yang juga pensyarah sains sukan Kolej Poly-Tech MARA.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengurangan kebergantungan terhadap media sosial juga berpotensi meningkatkan fokus, motivasi serta prestasi keseluruhan remaja bukan sahaja dalam bidang sukan, malah dalam akademik dan aspek kehidupan lain, katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR, 5 Jan &#8212; Insiden demi insiden masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah sepanjang tahun lepas mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka, sekali gus mendorong kerajaan melaksanakan program percubaan kawal selia atau sandbox\u00a0bermula 1 Januari lepas. Melibatkan&nbsp;Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)&nbsp;&nbsp;serta beberapa platform media sosial yang dikenal pasti, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":3239,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[29],"tags":[],"class_list":{"0":"post-98154","1":"post","2":"type-post","3":"status-publish","4":"format-standard","5":"has-post-thumbnail","7":"category-pilihan-editor"},"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v24.7 - https:\/\/yoast.com\/wordpress\/plugins\/seo\/ -->\n<title>Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan - Pakar - MCI Group<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan - Pakar - MCI Group\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"KUALA LUMPUR, 5 Jan &#8212; Insiden demi insiden masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah sepanjang tahun lepas mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka, sekali gus mendorong kerajaan melaksanakan program percubaan kawal selia atau sandbox\u00a0bermula 1 Januari lepas. Melibatkan&nbsp;Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)&nbsp;&nbsp;serta beberapa platform media sosial yang dikenal pasti, [&hellip;]\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"MCI Group\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2026-01-05T05:56:42+00:00\" \/>\n<meta property=\"article:modified_time\" content=\"2026-01-05T05:56:43+00:00\" \/>\n<meta property=\"og:image\" content=\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Media-Sosial-3.webp\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:width\" content=\"960\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:height\" content=\"611\" \/>\n\t<meta property=\"og:image:type\" content=\"image\/webp\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"MCI Bahasa\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"3 minit\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\/\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/\",\"name\":\"Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan - Pakar - MCI Group\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\"},\"primaryImageOfPage\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#primaryimage\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#primaryimage\"},\"thumbnailUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Media-Sosial-3.webp\",\"datePublished\":\"2026-01-05T05:56:42+00:00\",\"dateModified\":\"2026-01-05T05:56:43+00:00\",\"author\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\"},\"breadcrumb\":{\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#breadcrumb\"},\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/\"]}]},{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#primaryimage\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Media-Sosial-3.webp\",\"contentUrl\":\"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Media-Sosial-3.webp\",\"width\":960,\"height\":611},{\"@type\":\"BreadcrumbList\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#breadcrumb\",\"itemListElement\":[{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":1,\"name\":\"Home\",\"item\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\"},{\"@type\":\"ListItem\",\"position\":2,\"name\":\"Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan &#8211; Pakar\"}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website\",\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/\",\"name\":\"MCI Group\",\"description\":\"Malaysia-China Insight\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"ms-MY\"},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b\",\"name\":\"MCI Bahasa\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"ms-MY\",\"@id\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/\",\"url\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"MCI Bahasa\"},\"url\":\"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan - Pakar - MCI Group","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan - Pakar - MCI Group","og_description":"KUALA LUMPUR, 5 Jan &#8212; Insiden demi insiden masalah sosial yang melibatkan pelajar sekolah sepanjang tahun lepas mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka, sekali gus mendorong kerajaan melaksanakan program percubaan kawal selia atau sandbox\u00a0bermula 1 Januari lepas. Melibatkan&nbsp;Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)&nbsp;&nbsp;serta beberapa platform media sosial yang dikenal pasti, [&hellip;]","og_url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/","og_site_name":"MCI Group","article_published_time":"2026-01-05T05:56:42+00:00","article_modified_time":"2026-01-05T05:56:43+00:00","og_image":[{"width":960,"height":611,"url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Media-Sosial-3.webp","type":"image\/webp"}],"author":"MCI Bahasa","twitter_card":"summary_large_image","twitter_misc":{"Written by":"MCI Bahasa","Est. reading time":"3 minit"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/","name":"Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan - Pakar - MCI Group","isPartOf":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website"},"primaryImageOfPage":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#primaryimage"},"image":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#primaryimage"},"thumbnailUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Media-Sosial-3.webp","datePublished":"2026-01-05T05:56:42+00:00","dateModified":"2026-01-05T05:56:43+00:00","author":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b"},"breadcrumb":{"@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#breadcrumb"},"inLanguage":"ms-MY","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/"]}]},{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#primaryimage","url":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Media-Sosial-3.webp","contentUrl":"https:\/\/mcigroup.my\/wp-content\/uploads\/2025\/03\/Media-Sosial-3.webp","width":960,"height":611},{"@type":"BreadcrumbList","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/pilihan-editor\/kawal-media-sosial-perlu-disokong-teladan-ibu-bapa-aktiviti-sukan-pakar\/#breadcrumb","itemListElement":[{"@type":"ListItem","position":1,"name":"Home","item":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/"},{"@type":"ListItem","position":2,"name":"Kawal Media Sosial Perlu Disokong Teladan Ibu Bapa, Aktiviti Sukan &#8211; Pakar"}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#website","url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/","name":"MCI Group","description":"Malaysia-China Insight","potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"ms-MY"},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/bc9833472016b4a8ef90ba0dd5752b7b","name":"MCI Bahasa","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"ms-MY","@id":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/#\/schema\/person\/image\/","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/9a265f0ba897b65f29b3b7166e6c3f1b?s=96&d=mm&r=g","caption":"MCI Bahasa"},"url":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/author\/mci-bahasa\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/98154","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=98154"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/98154\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":98155,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/98154\/revisions\/98155"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/3239"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=98154"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=98154"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/mcigroup.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=98154"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}