KUALA LUMPUR, 3 Sep — Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM)  mengumumkan  pada hari Sabtu yang lalu, ia akan menganjurkan Pameran Industri Pintar China pada Disember ini untuk mempamerkan teknologi dan produk pintar syarikat China.
 
Pameran itu akan dianjurkan di Mid Valley pada bulan Disember dan akan menampilkan syarikat-syarikat ICT terkemuka seperti China Mobile International, China Telecom, China Commservice, GCI, Vivo Technology,  Tusstar dan lain-lain, kata presiden PUCM Datuk Keith Li selepas mesyuarat agung tahunan persatuan pada hari Sabtu yang lalu.
 
Li berkata, melalui pameran ini pedagang ICT Malaysia dan lain-lain yang berkenaan dapat mempelajari dengan lebih lanjut tentang teknologi pintar dan produk China, ini turut menggalakkan pertukaran pandangan dan interaksi antara syarikat China dengan komuniti setempat,  memperkenalkan produk dan teknologi China yang lebih maju ke Malaysia, menggalakkan perkembangan ekonomi negara.
 
Li menegaskan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menaruh minat untuk membawa kecerdasan buatan (AI) ke Malaysia semasa melawat Huawei dan Sensetime di China pada bulan April. Tun Mahathir juga baru-baru ini menekankan bahawa Malaysia akan terus menggunakan teknologi Huawei secara meluas. Li berkata ini adalah penegasan   kerajaan Malaysia atas pandangan positif tentang AI dan teknologi canggih lain yang boleh disediakan oleh syarikat China.
 
Pada hari Sabtu yang lalu, PUCM juga menganjurkan acara kebajikan bersama E-Beauty Group. 28 orang anak yatim dijemput untuk makan tengahari dan mengadakan aktiviti berkumpulan. Mdm Qu Huan, Ketua Pegawai Eksekutif E-Beauty Group dan Ahli Jawatankuasa PUCM berkata, PUCM menjalankan kegiatan amal sepanjang tahun, menunjukkan syarikat-syarikat dari China turut mengambil berat tentang masyarakat setempat.
 
PUCM ditubuhkan pada tahun 2015 dan kini mempunyai 124 ahli. Ia adalah persatuan China yang paling aktif dan diiktiraf oleh masyarakat tempatan di Malaysia. Ahli-ahli PUCM melabur dalam pelbagai sektor perniagaan seperti teknologi maklumat, pembinaan, perlombongan, minyak & gas, telekomunikasi, tenaga, runcit, pembuatan, pendidikan, penjagaan kesihatan, media dan pelancongan, dan telah memberikan sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi Malaysia , kata Presiden Datuk Keith Li.
 
Li menambah bahawa PUCM telah giat mempromosi syarikat-syarikat China dan berkomunikasi dengan masyarakat setempat melalui kaedah kreatif seperti merakam klip video Tahun Baru Cina dan Hari Raya, mengadakan seminar dan forum, berinteraksi dengan masyarakat Bumiputera dan mengadakan acara amal. PUCM juga berinteraksi kerap dengan media tempatan dan antarabangsa.

SUMBER: Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Nicole Quah/Christy Hor-info@pucm.my
Persatuan Usahawan China Di Malaysia

–BERNAMA
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here