SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) — Polis Selangor berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis methamphetamine yang dipercayai bergerak aktif sejak enam bulan lalu berikutan penahanan lapan individu termasuk dua wanita warga asing pada 23 Sept lepas. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Sharul Lalli Masduki berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serdang telah merampas 62 bungkusan disyaki dadah methamphetamine bernilai RM2.5 juta di dalam sebuah kereta yang diparkir di hadapan sebuah pasar raya di Seri Kembangan, pada kira-kira 6.30 petang. https://www.bernama.com/bm/jenayah_ma…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here