KUALA LUMPUR, 9 Dis — KPJ Healthcare Berhad akan mewajibkan kakitangannya menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah berjaga-jaga tambahan dalam mengekang penularan virus itu agar tidak mengganggu perkhidmatan penjagaan kesihatan awam.

KPJ Healthcare Berhad dalam satu kenyataan hari ini berkata dengan lebih 4,000 kes COVID-19 setiap hari dan kemunculan varian baharu Omicron di Malaysia, syarikat itu mengambil pendekatan yang proaktif dengan mewajibkan ujian pengawasan di tempat kerja bagi memantau dan menangani kemungkinan penularan wabak pada masa akan datang.

Menurut kenyataan itu, ujian pengawasan itu akan membolehkan pengesanan awal individu yang dijangkiti COVID-19 yang telah membangunkan tindak balas imun, walaupun mereka tanpa gejala.

“Ini akan memberikan perlindungan yang diperlukan untuk pekerja syarikat dan memastikan hospital selamat untuk pesakit mendapatkan rawatan mereka.

Menurut kenyataan itu, sebagai sebuah organisasi yang bertanggungjawab dan teliti, ujian pengawasan membolehkan pengesanan awal terhadap individu dijangkiti COVID-19 yang telah mempunyai tindak balas imun, walaupun mereka tidak bergejala.

“Untuk melancarkan usaha ini, syarikat menyediakan kit ujian kendiri untuk pekerjanya dan mereka seterusnya perlu memuat naik keputusan ujian ke platform pusat ‘Pengisytiharan Ujian Pengawasan’ untuk analisis dan pemantauan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Ahmad Shahizam Mohd Shariff dalam kenyataan sama berkata sektor swasta berperanan penting dalam meningkatkan ujian saringan secara sukarela dan melaksanakan ujian COVID-19 secara besar-besaran, jika ekonomi ingin dibuka semula.

“Perniagaan perlu mengenal pasti jangkitan dengan cepat dan tepat serta memastikan pekerja, kontraktor dan pembekal diasingkan untuk memastikan kesinambungan perniagaan mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here