TOKYO, 23 Dis  — Seramai 75 orang di Jepun telah dikenal pasti dijangkiti Omicron pada Rabu, jumlah jangkitan harian tertinggi sekali gus menjadikan jumlah kes melibatkan varian baharu COVID-19 itu meningkat kepada 160 orang.

Daripada 75 itu seramai 68 berusia 70-an atau lebih muda, diuji positif menerusi ujian saringan di pusat pemeriksaan kuarantin lapangan terbang selepas tiba dari beberapa negara termasuk Amerika Syarikat, Eropah dan Afrika lapor Jiji Press.  

Tujuh yang lain ialah empat kes dikesan di Osaka, dua di Okinawa dan seorang pegawai kuarantin lapangan terbang.

Sementara itu, 262 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara pada Rabu dengan dua kematian, masing-masing satu di Tokyo dan Kanagawa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here