KUALA LUMPUR, 8 April — Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) mahu peranan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) diperkasakan di peringkat negeri.

FMM dalam satu kenyataan hari ini berkata ia turut menyambut baik penubuhan #MyMudah dan langkah untuk menubuhkan unit itu di ibu pejabat FMM dan pejabat cawangannya di setiap negeri dengan secepat mungkin.

Cadangan agar PEMUDAH memudahkan pengurusan isu kawal selia khusus di peringkat negeri dikongsi semasa sesi taklimat anjuran FMM dengan kerjasama PEMUDAH dan sekretariatnya, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berikutan keputusan kerajaan untuk memperluaskan inisiatif MyMudah di semua kementerian, agensi kerajaan dan persatuan perniagaan.

Setakat ini, PEMUDAH dan MPC telah mengadakan libat urus dengan lebih 20 kementerian dan persatuan perniagaan bagi memudahkan penubuhan unit #MyMudah di organisasi masing-masing.

Pengerusi Bersama PEMUDAH, Datuk Dr Andy Seo Kian Haw berkata kesan pandemik itu terhadap perniagaan telah mendorong pasukan petugas untuk mencari penyelesaian kepada isu dan cabaran kawal selia, memudahkan industri meredakan dan meneruskan operasi sambil meningkatkan produktiviti serta daya saing sektor tersebut.

Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata penubuhan unit #MyMudah di 10 cawangan FMM akan meningkatkan lagi peranannya untuk memudahkan penyelesaian kepada masalah kawal selia dalam sektor pembuatan.

“Adalah penting untuk fungsi PEMUDAH juga dipertingkatkan di peringkat negeri dan bersama-sama dengan pejabat wilayah MPC, kami akan memperkukuhkan peranan PEMUDAH untuk meningkatkan produktiviti negeri dan kemudahan menjalankan perniagaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here