KUALA LUMPUR, 20 April — Seramai 528 tahanan etnik Rohingya melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang, kira-kira 4.30 pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud dalam kenyataan berkata daripada jumlah tersebut, seramai 362 tahanan ditahan semula manakala gerakan mencari baki pendatang tanpa izin itu masih diteruskan pagi ini.

“Mereka (tahanan) melarikan diri setelah memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang. Pegawai bertugas telah mengaktifkan prosedur operasi standard dengan menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi berkaitan bagi mendapatkan bantuan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang keberadaan tahanan yang lari ini dipohon supaya memaklumkan kepada pihak JIM atau PDRM,” katanya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here