KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) — Untuk menyokong usaha Malaysia melawan wabak COVID-19 dan melindungi rakyat Malaysia atas pembukaan semula perniagaan bersyarat, Apaq Technology Sdn Bhd mendahului dalam memperkenalkan 100 set peralatan termometer pengimejan terma AI terbaru dari Hikvision, yang merangkumi thermal imaging temperature detectors , Thermal Bullet Cameras , Handheld Thermography Cameras, Metal Detect Doors with Temperature Measurement, Access Control with Fever Screening face Recognition terminals dan Interactive Display with Thermographic Fever Screening.
Peralatan pengesanan suhu badan pengimejan terma inframerah dapat mengesan suhu badan serentak dari jarak jauh, tanpa sentuhan serta mengesan pelbagai sasaran pada masa yang sama. Peralatan ini dapat mengesan beberapa suhu badan serentak pada jarak 5 meter, mengesan keabnormalan, dan membuat laporan serta-merta demi mengurangkan hubungan antara kakitangan dengan penumpang bagi mengelakkan jangkitan silang, dan menjimatkan masa sambungan untuk penumpang.
Apaq Technology Sdn Bhd yang berpusat di Kuala Lumpur telah lama berkomitmen untuk menyediakan perundingan perkhidmatan ICT bersepadu, pembinaan sistem rangkaian, pembanguan perisian aplikasi serta membuat penyelesaian sepenuhnya dengan sistem keselamatan yang cerdas untuk kerajaan dan perusahaan.
Hikvision adalah penyedia penyelesaian IoT dengan video yang terkemuka di dunia atas kecekapan utamanya.
Hikvision dan Apaq Technology Sdn Bhd bekerjasama secara rapat dengan memainkan peranan masing-masing mengenai aplikasi video dan data besar yang inovatif untuk memanfaatkan pengguna Malaysia.
SUMBER: Apaq Technology Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
WhatsApp : +6012 665 5139
Emel : apaqsolutions@gmail.com