KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) — Usul sokongan majoriti terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri tidak akan dibenar dibawa ke sidang Mesyuarat Dewan Rakyat, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Menurutnya, setelah diteliti, usul yang dimohon Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkenaan melalui sepucuk surat bertarikh 4 Mei, didapati tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan perdana menteri.

Beliau berkata demikian dalam surat rasmi sebagai balasan kepada permohonan Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah.

Kandungan surat itu (surat balasan) telah disahkan oleh Mohamad Ariff kepada Bernama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here