PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) — Tiada kematian direkodkan akibat COVID-19 dalam tempoh dua hari berturut-turut di negara ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu kekal 107 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Kes baharu menunjukkan sedikit peningkatan berbanding semalam iaitu 68 kes dengan 57 kes melibatkan kalangan bukan warganegara Malaysia.

“Ini menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,535 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,564 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Terdapat 88 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlahnya lebih tinggi berbanding kes baharu.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here