KUALA LUMPUR, 22 Julai — Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Malaysia (BSN SSP) terus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang mana 4.49 juta orang penyimpan dicatatkan di seluruh negara dengan simpanan melebihi RM4.78 bilion sehingga Jun 2022.

Ketua Eksekutif BSN Jay Khairil berkata tahun ini, BSN menawarkan hadiah bernilai mencecah RM26 juta kepada 16,000 pemenang.

Selain itu, tahun ini juga buat pertama kalinya BSN memperkenalkan kategori baharu iaitu Cabutan Jantina yang menawarkan dua orang pemenang lelaki serta wanita memenangi hadiah hebat pada bulan Jun dan Disember 2022 nanti. 

“Secara keseluruhannya, sebanyak tujuh kategori ditawarkan berbanding hanya enam kategori pada tahun lalu. 

“Ini adalah komitmen berterusan kami untuk terus menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BSN masih mengekalkan Cabutan Istimewa yang menawarkan hadiah RM1 juta pada setiap bulan. 

Ini bermakna sepanjang tahun ini, seramai 12 orang penyimpan BSN SSP bakal memenangi RM1 juta menjadikan pada penghujung tahun nanti, seramai 83 orang jutawan bakal dilahirkan menerusi kempen  BSN SSP.

Kempen Cabutan BSN SSP 2022 mengembalikan kereta mewah BMW sebagai hadiah utama bagi Cabutan Bulanan untuk Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember.

Para pemenang Cabutan Bulanan juga turut berpeluang memenangi hadiah pertama RM100,000 dan hadiah kedua baucar percutian domestik bernilai RM5,000 setiap bulan. 

BSN telah mengumumkan tiga orang lagi jutawan bagi Cabutan Istimewa BSN SSP bulan April hingga Jun 2022 dan kini meneruskan pula pencarian jutawan untuk Julai 2022.

Senarai para pemenang boleh disemak melalui laman sesawang BSN www.bsn.com.my atau laman Facebook BSN @ BSN Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here