KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang merangkul pingat emas ketujuh negara pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham, semalam.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.

Kejayaan menghadiahkan pingat emas pada hari terakhir temasya diraih selepas pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren, Smith 21-5, 21-,8 pada aksi final di Pusat Pameran Nasional (NEC).

Malaysia melengkapkan kempen temasya sukan Komanwel Birmingham dengan mengumpul tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here