SERDANG, 1 Okt (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Sirih Pulang ke Gagang @ Homecoming kali ke-11 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sultan Sharafuddin yang merupakan Canselor UPM berangkat tiba kira-kira pukul 8.30 malam di Dewan Besar Pusat Kesenian dan Kebudayaan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, diiringi Naib Canselor Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dan Presiden Persatuan Alumni UPM Datuk Raihan Sharif.

Baginda kemudian berkenan menyampaikan beberapa anugerah kepada alumni yang telah memberi sumbangan bermakna kepada UPM dan masyarakat, termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Mutiara Alumni kepada pendaki negara T.Ravichandran yang menakluk puncak tertinggi dunia Everest.

Sultan Sharafuddin turut berkenan melancarkan buku bertajuk “The Three Founding Faculties: Spurring The Glories of UPM” dan tabung Alumni City.

Majlis makan malam yang dihadiri 800 orang alumni UPM dari seluruh negara itu merupakan acara tradisi yang diraikan setiap dua tahun oleh universiti itu mulai 2001. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here