KUALA NERUS, 28 Dis — Tiada tempoh masa ditetapkan atau laporan polis diperlukan  oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mangsa banjir memohon penggantian dan pembaharuan dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran secara percuma.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh, berkata mangsa banjir tidak perlu tergesa-gesa untuk membuat penggantian dan pembaharuan dokumen  sekiranya perlu menyelesaikan urusan peribadi yang lebih penting.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat dan menyampaikan sumbangan barangan kepada kakitangan JPN Terengganu yang terjejas banjir di Taman Desa Tanjung Damai, di sini, hari ini.

Bagi membantu mangsa banjir, Ruslin berkata pihaknya akan turun ke lokasi terkesan akibat banjir termasuk kawasan pedalaman bagi membolehkan mangsa membuat permohonan tanpa perlu ke pejabat JPN berdekatan.

“Selepas siap, kita akan hantar sendiri dokumen kepada mereka dalam tempoh tiga hingga lima hari,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here