KUALA LUMPUR, 13 Jan — Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertekad untuk merobohkan dan membersihkan sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan haram di seluruh negara dalam tempoh 100 hari pertama kerajaan perpaduan berkuasa.

Menterinya Nga Kor Ming berkata langkah itu akan menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi kementerian untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

“Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan ini (melupuskan sampah secara haram),” katanya dalam catatan di tweet hari ini.

Pada hari Rabu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan dilaporkan berkata ia akan memperhebat penguatkuasaan terhadap pelupusan haram sisa pembinaan dan sampah di bandar raya.

Pengarahnya Ummi Kalthum Shuib berkata tahun lepas 42 “hotspots” tempat pelupusan sampah secara haram dilaporkan, dengan 29 daripadanya adalah kawasan hotspots untuk pelupusan sisa buangan sektor pembinaan.

Jumlah hotspots juga meningkat daripada 32 pada 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here