KOTA KINABALU, 14 Jan — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, telah berbincang dengan Presiden Sabah Law Society (SLS) Roger Chin dan Peguam Pakatan Harapan (PH) Sabah Nelson Angang, berkaitan isu melibatkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Armizan dan Ewon menerusi kenyataan bersama hari ini berkata pertemuan itu yang berlangsung di sini semalam, antara lain membincangkan perkara berkaitan tuntutan perlaksanaan perkara dalam MA63 yang penting dan amat dinantikan rakyat Sabah.

“Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana memberikan komitmen tinggi dalam memastikan hak-hak Sabah dapat dikembalikan,” kata kenyataan dua Ahli Parlimen dari Sabah itu hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, Kerajaan Persekutuan telah menubuhkan Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri, bagi membincang dan menyelesaikan isu berkaitan MA63.

Armizan dan Ewon yakin penubuhan majlis tindakan itu, akan memudahkan lagi segala urusan perbincangan secara terperinci untuk mendapatkan kembali hak-hak Sabah dan Sarawak, kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here