KUALA LUMPUR, 9 Julai — Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil hari ini denan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM28.36 bilion dalam sistem konvensional dan RM24.09 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional masing-masing bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan 14 hari.

BNM juga akan menjalankan tender Qard Lelongan Julat Tempoh Matang Islam (iRMA) RM4.7 bilion untuk tujuh hingga 32 hari serta satu tender repo berbalik RM440 juta bagi 62 hari ini.

Ia juga mengumumkan bahawa kemudahan transaksi Repo Berbalik, Perjanjian Jual dan Beli Semula (SBBA) dan Komoditi Murabahah Bercagaran bertempoh satu hingga tiga bulan juga tersedia.

Pada 4 petang, BNM akan mengendalikan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM27.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM19.4 bilion.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here