GAZIANTEP (Türkiye), 13 Feb – Lebih ramai mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan ketika pasukan penyelamat dari seluruh dunia bekerja keras mengejar masa untuk menyelamatkan lebih ramai nyawa di selatan Türkiye pada Ahad lepas.

Sekurang-kurangnya 29,605 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat itu setakat ini, menurut pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) pada Ahad.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di wilayah Kahramanmaras telah menjejaskan lebih 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Beberapa negara di rantau ini termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran kuat itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here