Lebih 1,000 produk mainan kanak-kanak dan kelengkapan bayi buatan Indonesia dipamerkan di pusat pemborong terbesar di Malaysia, GM Klang, untuk memberi peluang kepada usahawan tempatan melihat sendiri produk republik itu secara fizikal. Pengarah Urusan Pusat Borong GM Klang, Datuk Lim Seng Kok berkata, pameran dinamakan sebagai ‘Pavillion Indonesia’ itu adalah hasil usahasama GMIE International Exhibition (Malaysia) Sdn Bhd (GMIE) dan Asosiasi Mainan Indonesia (AMI), dengan fasa permulaan melibatkan 10 pengilang syarikat pengeluar dari Indonesia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here