KUALA LUMPUR, 23 Feb – Perikatan Nasional (PN) masih dalam proses memuktamadkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan parti komponennya di enam negeri dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata perbincangan antara parti-parti komponen berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Masih belum dimuktamadkan, tetapi kami sudah beberapa kali bincang kerusi-kerusi yang akan diagihkan kepada parti-parti dalam PN. (Perbincangan) kami macam adik-beradik (tiada masalah),” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen hari ini.

Hamzah berkata PN akan membincangkan mengenai penggunaan logo yang bersesuaian di negeri-negeri yang ditadbir PAS iaitu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here