Kira-kira 90 rumah atas air musnah dalam satu kebakaran di Kampung Cenderamata, Batu Sapi, Sandakan.
Ketua Zon 6 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sandakan Jasri Abd Jal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 3.06 pagi, dan operasi yang bermula 3.25 pagi, tamat sepenuhnya empat jam kemudian.