16 Mac 2023 adalah tarikh penting dalam sejarah transfomasi pengangkutan awam negara apabila Transit Aliran Massa Laluan Putrajaya Fasa Dua (MRT2) akan mula beroperasi sepenuhnya untuk kegunaan orang ramai bermula tepat 3 petang.
Dengan kadar tambang dari Putrajaya Sentral ke Kwasa Damansara kurang daripada RM7, pastinya nilai ringgit itu dapat membuka mata rakyat Malaysia terutamanya bagi mereka yang menetap di sekitar Lembah Klang.