Jumlah kes kebankrapan direkodkan tahun lalu menurun kepada 5,695 berbanding 6,554 kes pada 2021.
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, ia susulan pindaan peruntukan perenggan 5(1)(a) Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) melalui Akta Insolvensi (Pindaan) 2020 (Akta A1624).