Kerajaan melaksanakan strategi hasil jangka sederhana mengkaji model pencukaian negara bagi tempoh tiga tahun untuk memastikan perancangan cukai jangka panjang adalah lebih teratur.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata model pencukaian negara pada masa kini tidak mampan dalam mengawal kadar hutang negara yang tinggi.