Atlet negara perlu profesional dalam mengendalikan media sosial masing-masing.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, mereka perlu bijak dan berhati-hati kerana apa yang dikongsikan secara dalam talian, akan diterjemahkan oleh peminat sebagai sikap dan tingkah laku atlet.