KUALA LUMPUR, 15 April – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing  mengetuai satu delegasi dalam beberapa siri lawatan rasmi ke China dari 2 hingga 11 April lepas  bagi mempromosikan pertukaran dan hubungan dua hala yang lebih mendalam antara Malaysia dengan China.   

Kementerian itu berkata delegasi berkenaan melakukan libat urus dengan banyak pihak berkuasa dan institusi berkaitan yang penting di China, membuka jalan untuk sektor pelancongan dan kebudayaan Malaysia, menghubungkannya dengan pasaran China yang luas dengan mengatasi halangan-halangan tegar dan memburu kemajuan bagi membawa lebih banyak sumber dan peluang untuk industri.

“China sudahpun menubuh Pusat Kebudayaan China untuk memudah cara dengan lebih baik hubungan dua hala Malaysia-China dalam pelancongan dengan harapan untuk terus membina lebih banyak jambatan untuk pertukaran dan penghargaan promosi pelancongan bersama, pelaburan, latihan sumber manusia, pertukaran budaya dan keselamatan pelancongan, kata Tiong.

Tambahan pula, beliau berkata pihak kementerian akan mengambil inisiatif merancang beberapa siri acara kebudayaan dan pelancongan berskala besar, seperti Festival Kebudayaan Malaysia-China, Festival Budaya Rakyat dan lain-lain acara bagi menyambut ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dengan satu wajah baharu dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia dan China pada 2024 dan Tahun Melawat Malaysia 2025. 

“Untuk menyediakan satu gambaran yang jelas dan komprehensif mengenai landskap pelancongan Malaysia untuk pemain industri pelancongan China, kami telah  mencadangkan satu jemputan kepada mereka untuk menganjurkan  satu lawatan kajian dan tinjauan dengan panduan Tourism Malaysia  untuk melawat pelbagai destinasi pelancongan di Malaysia, untuk lebih memahami  faktor pelaris unik dan projek pelaburan pelancongan berpotensi di dalam negara,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here