Persidangan Dewan Rakyat pada sesi petang pada Selasa lengang apabila kesemua Ahli Parlimen pembangkang mengambil keputusan untuk tidak menyertai sesi perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2.

Meskipun Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah memutuskan agar usul itu dibentang dan dibahaskan selepas persidangan disambung 2.30 petang, namun sehingga perbahasan dimulakan pada 2.45 petang, tempat duduk blok pembangkang masih kosong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here