BEIJING, 7 Jun – Forum Rakan Media ASEAN 2023 anjuran Kumpulan Media China (CMG) dan kerajaan Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi berlangsung di Nanning pada Selasa.
Ketika berucap pada forum itu, Presiden CMG, Shen Haixiong berkata pertukaran dan interaksi antara CMG dengan media negara-negara ASEAN semakin rapat, menyaksikan kolaborasi berkenaan mencapai hasil yang memuaskan.
CMG bersama media arus perdana dari Malaysia, Indonesia, Laos, Kemboja, Thailand dan Myanmar menerbitkan siri program televisyen sehingga menghasilkan produk omnimedia yang diminati ramai.
Program tersebut memaparkan imej China dan ASEAN yang berdimensi dan menyeluruh kepada para penonton, katanya.
Bertemakan ‘Innovation, Joined Hands, Future’, acara hibrid itu disertai lebih 200 pengamal media, wakil pertubuhan antarabangsa serta pakar dan sarjana dari China dan negara anggota ASEAN.
Dalam perkembangan lain, lebih 30 wartawan dari lapan negara ASEAN menyertai program kembara Guangxi untuk membuat liputan di beberapa bandar antaranya Guilin, Liuzhou, Qinzhou dan Beihai.播放
Siaran Harian (06-06-2023)
Current Time 0:00
/
Duration 56:49
Remaining Time
- China, Amerika Latin Rancakkan Pembinaan Bersama BRIChina dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomás Massa ke Beijing.
- Modus Operandi AS Nescaya Sia-siaMutakhir ini, Amerika Syarikat (AS) menunjukkan sikap tidak konsisten dan bercanggah ketika mengendalikan hubungan dengan China.
- Kenyataan Musk Harus Diambil Kira WashingtonKetua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Elon Musk melawat China dan bertemu dengan Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Luar China, Qin Gang pada Selasa lalu.