Program puisi simfoni terbitan Kumpulan Media China (CMG) sempena sambutan Pesta Perahu Naga, bakal disiarkan menerusi pelbagai platform kendalian CMG pada malam 22 Jun.

Zigui, bandar Yichang yang merupakan kampung halaman Qu Yuan, penyair patriotik tersohor China, menjadi tempat pembikinan program berkenaan. 

Berlatarbelakangkan Sungai Yangtze serta gunung-ganang menghijau, acara itu disajikan menerusi pelbagai bentuk kesenian termasuk nyanyian, tarian, opera, deklamasi puisi, simfoni dan muzik rakyat, bagi memaparkan pesona budaya tradisional serta perasaan cinta terhadap tanah air.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here