Mahkamah Sesyen membebaskan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam daripada dua pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kemasukan warga India menyebar virus COVID-19 dan kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, pada April dan Mei 2021.