Inisiatif kerajaan yang akan menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (#SARa) sebanyak RM600 kepada golongan miskin tegar mendapat sambutan yang baik, khususnya daripada penerima.
Bantuan itu membolehkan mereka mendapatkan keperluan barangan makanan asas, sekali gus meringankan beban kos sara hidup rakyat.