Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2023 di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya pada Isnin.

Istiadat sambutan Hari Pahlawan anjuran Polis Diraja Malaysia berkonsepkan perbarisan statik melibatkan enam detasmen terdiri daripada PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, pesara serta bekas anggota polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here