PETALING JAYA, 13 Ogos – Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas segala kesilapan dan percaya kekalahan kali ini akan mematangkan mereka sebagai pemimpin muda.

Ahli Parlimen Muar itu berkata mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka dalam melangkah ke hadapan dan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini adalah langkah sulung dalam perjalanan Muda yang masih panjang  dan parti itu seharusnya menghormati mandat rakyat.  

“Saya fikir calon-calon telah mencuba sebaik mungkin dan selaku presiden saya perlu melakukannya dengan lebih baik. Ini merupakan pengalaman yang memberikan pengajaran buat Muda,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here