BEIJING, 16 Ogos —  “Chang An”, sebuah filem animasi yang menceritakan tentang bakat penyair Dinasti Tang (618-907) berjaya menarik sejumlah besar penonton pada musim panas ini dengan kutipan tayangan melebihi RMB1.7 bilion (RM1.08 bilion) setakat ini.

Dinasti Tang dikenali sebagai era yang memupuk penghayatan dan penguasaan puisi yang mendalam.

Sehingga hari ini, puisi-puisi itu masih dihayati dan didendangkan, bahkan mencetuskan kecintaan orang ramai terhadap puisi tradisional China, serta keinginan untuk mengetahui lebih lanjut tentang zaman dan kehidupan para penyair termasyhur itu.

Babak awal filem dimulakan dengan watak Gao Shi, iaitu seorang penyair yang sudah tua  dan sedang mengimbau masa lalu.

Filem ini menggambarkan jatuh bangun kehidupan Gao Shi dan Li Bai, serta persahabatan sejati mereka.

Ia membawa para penonton meneroka  kehidupan penyair-penyair hebat lain semasa Dinasti Tang.

Semasa zaman makmur Dinasti Tang, turut muncul juga sekumpulan penyair dengan bakat yang luar biasa, sekali gus menggamit perhatian penonton.

“Dinasti Tang yang berkeyakinan tinggi, inklusif dan budayanya matang, adalah simbol budaya China.

“Apabila menyebut Dinasti Tang, secara tidak langsung akan terlintas tentang puisi, kerana puisi Dinasti Tang adalah mewakili budaya dan seni China,” kata pengarah filem itu, Zou Jing.

Difahamkan, terdapat 48 puisi yang dimainkan dalam filem itu, dan ia mencerminkan budaya popular puisi pada masa itu.

“Tidak kira sama ada melalui dokumen, sejarah, imej atau penerokaan, kami ingin membawa keindahan Dinasti Tang kepada semua.

“Matlamat kami adalah mengetengahkan estetika Timur,” kata pengarah bersama filem itu Xie Junwei.

Elemen visual yang menakjubkan dan kisah kehidupan “Chang An” mencetuskan ikatan emosi yang kuat dengan penonton.

Dengan gabungan penggambaran budaya tradisional yang inovatif, ia dilihat berjaya diterima dengan baik oleh segenap lapisan penonton.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here