BEIJING, 21 Ogos — China telah memperuntukkan tambahan 500 juta yuan (US$69.4 juta) untuk bantuan bencana dan pembinaan semula di wilayah terjejas banjir, kata Kementerian Kewangan pada Isnin, lapor Xinhua.

Peruntukan itu, selain daripada satu bilion yuan yang diperuntukkan pada 9 Ogos akan digunakan untuk menyokong pemulihan pengeluaran dan kehidupan di kawasan Tianjin dan Hebei yang digunakan bagi takungan dan penyimpanan banjir negara, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Dana tambahan itu juga akan digunakan untuk menyediakan pampasan bagi kerugian harta benda yang ditanggung oleh penduduk yang tinggal di kawasan itu termasuk kerosakan pada tanaman, ladang haiwan dan unggas, hutan komersial, kediaman dan jentera pertanian, menurut kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here