Presiden China Xi Jinping mahu kakitangan kastam di seluruh negara agar mengamalkan budaya kerja baik, meningkatkan kecekapan penyeliaan dan taraf perkhidmatan, supaya berbakti kepada pembangunan berkualiti tinggi serta kebangkitan nusa dan bangsa China. 

Beliau berkata demikian dalam surat balas kepada kakitangan dari Khunjerab Pass, pelabuhan darat China-Pakistan di wilayah Xinjiang, pada Isnin.

Xi dalam suratnya menyatakan, kakitangan yang berkhidmat di kastam itu mengatasi kesukaran seperti suhu dingin ekstrem dan kekurangan oksigen, komited berkhidmat di kawasan sempadan, dan menunjukkan semangat warga kastam yang hebat pada era baharu. 

Tahun ini genap 20 tahun pelaksanaan sistem ranking di jabatan kastam China. 

Presiden Xi mengambil kesempatan ini menyampaikan mogaan kepada semua kakitangan kastam. 

Kakitangan dari Khunjerab Pass menulis surat kepada Presiden Xi, menyataan kesediaan mereka untuk menyumbang kepada pembangunan modenisasi China, mutakhir ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here