Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi memperuntukkan RM5.3 juta sehingga 2025 untuk menaiktaraf fasiliti dan makmal aplikasi teknologi nuklear Agensi Nuklear Malaysia sebagai inisiatif mendepani isu sekuriti makanan negara.

Menterinya, Chang Lih Kang berkata projek itu bermula tahun ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan jaminan makanan menerusi peningkatan produktiviti agromakanan melalui teknik biak baka mutasi, termasuk penghasilan benih baru padi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here