Anak-anak Sarawak yang dihantar ke Semenanjung Malaysia untuk menyambung pelajaran boleh menjadi duta dalam memelihara keharmonian negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, persefahaman dan kesatuan kaum di negeri Bumi Kenyalang itu, boleh dijadikan teladan dalam menghidupkan semangat sebagai sebuah keluarga besar dalam kalangan rakyat.