BEIJING, 23 Sept – Presiden China Xi Jinping meluangkan masa melawat bandar Jinhua yang terletak di provinsi Zhejiang pada Rabu.

Antara kawasan yang di lawat beliau, termasuk kampung Lizu dan Kota Perdagangan Antarabangsa Yiwu, kawasan luar bandar yang bertunjangkan ekopelancongan serta mempunyai landskap perdagangan yang kini semakin berkembang pesat.

Kota Perdagangan Antarabangsa Yiwu itu turut digelar sebagai “pasar borong gadget yang terbesar di dunia”, mempunyai hubungan perdagangan dengan 233 buah negara dan kawasan dan nilai transaksi bagi tahun 2022 mencecah RMB200 bilion (RM128 bilion).

Presiden Xi turut meninjau bandar Shaoxing dan mengunjungi Balai Pameran Pengalaman Fengqiao yang berkaitan dengan tadbir urus masyarakat di peringkat akar umbi dan pembangunan inovatifnya pada era baharu.

Pegawai dan penduduk di pekan Fengqiao, bandar Zhuji provinsi Zhejiang berjaya mencipta “Model Fengqiao” pada awal tahun 1960an, yang merujuk kepada tadbir urus yang pantas dan efisien di peringkat akar umbi.

Pada 60 tahun yang lalu, mendiang Pengerusi Mao Zedong pernah mengeluarkan arahan untuk mempelajari dan mempromosi “Model Fengqiao” dan kira-kira 20 tahun lalu pula Presiden Xi mahu model itu dikekalkan serta diperluaskan lagi.

Lokasi terakhir beliau ialah mengunjungi Taman Budaya Terusan yang berkaitan dengan sejarah Terusan purba, pemeliharaan Terusan Besar dan pencapaian kemajuan dalam pembinaan Taman Budaya Negara Terusan Besar.

Xi amat mengambil berat mengenai pembangunan budaya Terusan Besar, pemeliharaan, pewarisan dan penggunaannya.

Beliau mahu sumber zaman purba dipelihara dan diteroka untuk kegunaan zaman ini, di samping menyuburkan kebudayaan yang berteraskan Terusan Besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here