JOHOR BAHRU, 24 Sept (Bernama) — Seramai 70 penggiat industri pelancongan menyertai Program Tourism Malaysia Travel Mart @ JB di sini hari ini dalam usaha membina jaringan usahasama menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020).

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia Zulkifly Md Said berkata penggiat industri perlu bersatu dan tidak mementingkan diri sendiri dengan sedia mempromosikan kawasan dan perkhidmatan industri lain kepada pelancong yang datang.

Beliau berkata kekurangan yang ada dalam pelaksanaan VM2020 dapat diatasi dengan sifat keterbukaan kerana sektor pelancongan ini melibatkan jaringan yang baik antara penggiat industri pelancongan dengan agensi kerajaan yang terlibat.

“Semua perlu beri kerjasama (terutama) jika ada permintaan dari pelancongan,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media selepas majlis perasmian Tourism Malaysia Travel Mart @ JB dan sesi libat urus bersama penggiat industri pelancongan, di sini, hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri Liow Cai Tung.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here