Pameran jelajah “Journey Through Civilizations” anjuran Kumpulan Media China (CMG) dilancarkan serentak di wilayah Hong Kong dan Macau pada 29 September.

Pameran tersebut menggunakan teknologi digital untuk mempamerkan 10 tapak arkeologi utama berkaitan projek asal usul tamadun China. 

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata bahawa sebagai satu-satunya tamadun di dunia yang tidak terputus sehingga kini, tamadun China mengkumulasi khazanah dalam sejarah lama tamadun manusia. 

Beliau berkata, berpandukan Inisiatif Peradaban Global anjuran Presiden Xi Jinping, rakyat negara ini sedang berusaha untuk membina tamadun moden bangsa China dan memajukan perkembangan tamadun manusia. 

Shen turut mengeluarkan undangan kepada penduduk di kedua-dua Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) itu untuk mengunjungi pameran “Journey Through Civilizations”, mendekati sejarah lima ribu tahun tamadun China dan memahami lebih lanjut tentang tamadun dan budaya negara ini. 

Untuk rekod, pameran “Journey Through Civilizations” di Hong Kong dan Macau akan berlangsung selama sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here