Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan dokumen yang dirujuk dalam pernyataan pembelaannya dalam satu saman fitnah.
Pada 3 Mei lepas, Tun Mahathir menyaman DS Anwar berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu di Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: ‘Pelaksanaan Sebuah Idealisme’ pada Mac lepas.