Peruntukan khas bagi Skim Perubatan MADANI wajar diteruskan pada Belanjawan 2024.
Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, Prof. Dr. Sazzli Shahlan Kasim berkata, skim itu berkesan dalam membantu golongan berpendapatan rendah, khususnya B40 untuk mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.