Dewan Rakyat diberitahu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) akan mengambil kira cadangan penggubalan Akta Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata perkembangan terkini pindaan Akta 355 itu masih dalam proses libat urus dengan pihak terlibat.