JAKARTA, 4 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI-AU) bersepakat dalam usaha memastikan keselamatan dan kestabilan di sempadan ruang udara kedua-dua negara.

TUDM dan TNI-AU telah mengadakan Mesyuarat Koordinasi dan Patroli Udara Terkoordinasi Siri 2/2023 selama tiga hari di Pusat Operasi Udara Nasional, Medan, Sumatera Utara yang berakhir pada Jumaat.

TNI-AU, dalam satu kenyataan, menyatakan kedua-dua pihak akan berkoordinasi dalam melaksanakan operasi udara, rondaan udara bersama, dan berkongsi maklumat strategik yang relevan.

“Ini merupakan komitmen bersama dalam menjaga kedamaian dan kestabilan kawasan serta memperkuat hubungan dan meningkatkan kemampuan dalam menjalankan operasi udara,” menurut TNI-AU.

Mesyuarat turut membincangkan pelbagai aspek kerjasama, termasuk perancangan operasi udara bersama dan pertukaran maklumat mengenai keselamatan sempadan udara demi kebaikan kedua-dua pihak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here