SEREMBAN, 26 Sept — Program Hari Sarapan MILO telah berjaya menarik penyertaan lebih 100,000 orang sejak tujuh tahun penganjurannya, kata Pengarah Eksekutif Unit Perniagaan MILO dan Susu, Nestle (Malaysia) Berhad N. Kumaran.

Beliau berkata program yang bermula secara kecil-kecilan sejak 2013 itu bertujuan memupuk amalan tabiat sarapan yang sihat.

“Kini program ini telah berkembang menjadi acara sarapan terbesar di Malaysia yang dinanti-nantikan oleh rakyat setiap tahun,” katanya di sini.

Beliau berkata MILO terus berusaha menerajui kempen pemakanan sihat sebagai sebahagian daripada komponen gaya hidup sihat menerusi program sarapan.

“Acara larian santai yang menjadi tumpuan program ini telah kami jadikan peluang untuk meningkatkan lagi kesedaran umum tentang kepentingan sarapan,” katanya.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here