SPR's worker showing the using of Indelible Ink during the simulation of Kuala Besut by election at Kuala Besut... --M. Azhar Arif/The Star. 18 July 2013.

KOTA KINABALU, 25 Sept — Kakitangan awam yang mengundi di Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak, yang disytiharkan zon merah akibat pandemik COVID-19, diarahkan agar menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas mengundi.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk Datu Rosmadi Datu Sulai berkata semua Ketua Organisasi hendaklah mengeluarkan arahan tersebut kepada kakitangan di bawah jagaan masing-masing.

“Dalam masa sama, Ketua Organisasi hendaklah juga mengeluarkan surat arahan bekerja dari rumah kepada kakitangan berkenaan mulai 27 Sept ini,” menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.

Datu Rosmadi berkata semua penjawat awam perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada setiap masa.

Beliau berkata kegagalan mematuhi SOP dan peraturan serta arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan tatatertib menurut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan berlangsung esok, seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa layak mengundi melibatkan 2,540 saluran mengundi di 741 pusat mengundi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here