KUALA LUMPUR, 17 Feb – Perkhidmatan pemposesan visa Bangladesh di Kuala Lumpur telah berpindah ke Southgate Commercial Centre di Jalan Chan Sow Lin mulai 6 Feb.

Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa suruhanjaya tinggi itu telah menandatangani perjanjian dengan syarikat penyumberan luar Expat Services (Kuala Lumpur) Sdn Bhd untuk memudahkan perkhidmatan pemprosesan pasport dan visa.

“Suruhanjaya Tinggi Bangladesh mengambil inisiatif itu bagi menyediakan perkhidmatan visa secara lebih mudah dan cepat,” menurut kenyataan itu.

Warga Malaysia boleh menghantar permohonan dan mengambil pasport untuk visa di Southgate Commercial Centre, Aras 2, Blok E, No. 2, Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

Mereka juga boleh menghubungi 03-92120267 atau e-mel info@expatserviceskl.com untuk maklumat lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here