BEIJING, 6 Mac  – Presiden China Xi Jinping mahu usaha untuk mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu berdasarkan keadaan setempat diperkasakan.

Beliau menekankan perkara itu ketika menyertai sesi perbincangan delegasi provinsi Jiangsu sempena sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, pada petang Selasa. 

Beliau berkata pihak yang berkaitan perlu mengutamakan pembangunan berkualiti tinggi di samping membangunkan kuasa produktif kualiti baharu. 

“Dalam menghadapi revolusi sains dan teknologi serta pembaharuan perindustrian pusingan baharu, kita mesti mengambil peluang dan mempergiat inovasi, membangunkan perindustrian baharu.

“Pada masa sama, kita perlu merancang industri berorientasikan masa depan, menambah baik sistem perindustrian moden,” kata Xi. 

Beliau menegaskan bahawa mengembangan kuasa produktif kualiti baharu bukanlah bermakna mengabaikan atau membuang industri tradisional.

Xi berkata provinsi Jiangsu mempunyai syarat baik dan keupayaan untuk mengembangkan kuasa produktif kualiti baharu. 

Beliau mengingatkan kerajaan tempatan agar menumpukan kepada pembinaan sistem perindustrian moden dengan sektor pembuatan maju sebagai tulang belakang, mempergiat inovasi sains dan teknologi, menyelaraskan penaiktarafan perindustrian tradisional dan mengembangkan industri baharu.

Di samping itu, Xi juga mahu provinsi Jiangsu meningkatkan integrasi antara inovasi sains dan teknologi dengan inovasi perindustrian dan mengukuhkan industri tradisional.

Beliau juga mahu usaha mempercepat pembinaan kluster perindustrian strategik baharu yang mempunyai daya saing di peringkat global dilaksanakan bagi membolehkan Jiangsu muncul sebagai kawasan penting pembangunan kuasa produktif kualiti baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here